Thursday, February 2, 2012

CARA MENGATASI MASALAH BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN.

Mencapai Penurunan Berat Badan Statik adalah perkara biasa kepada ramai orang. Ia kemungkinan antara perkara yang paling memberi tekanan perasaan akan berlaku ketika program diet kita, tetapi ia adalah perkara yang biasa berlaku ketika program diet.

Selalunya, kita bermula dengan penuh semangat dan melihat berat yang turun sejak beberapa minggu, tapi tiba-tiba kadar penurunan perlahan dan kadang kala berhenti. Ini yang dipanggil Penurunan Berat Badan Statik.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita mengalami masalah ini. Faktor yang biasa berlaku ialah kerana badan kita sedang menyesuaikan sistem badan dengan diet kalori kita atau program senaman yang biasa kita buat. Badan kita sedang bersedia untuk menghadapi jangkamasa kelaparan. Badan akan mengurangkan kadar metabolisma dalam process untuk mencuba mengurangkan penggunaan lemak-lemak yang tersimpan.

Jangan biarkan motivasi diri turun, dan semestinya jangan berhenti dari program diet kita. Cara mengatasinya, bila kita sudah mencapai masalah Penurunan Berat Badan Statik ialah tingkatkan kadar aktiviti kita. Ini akan membantu menpercepatkan kadar metabolisma dan badan akan kembali membakar lemak-lemak yang tersimpan. Hanya dengan menambah rutin harian daripada biasa.Contohnya, jika kita biasa berlari selama 15 minit, tingkatkan masa kepada 20 minit. 5 minit yang lebih itu akan mengejutkan metabolisma badan yang sudah biasa supaya kembali meningkat..Hanya dengan aktiviti ringan seperti window shopping, menyapu sampuh atau bercucuk tanam sudah cukup untuk membuat badan kita kembali aktif. Jadikan hobi kita sebagai aktiviti yang menyihatkan!!



Nota Tambahan -->
Sebenarnya, badan kita sendirilah yang mengatur pembakaran lemak di bahagian mana – mana badan. Kita tidak boleh mengatur yang mana perlu kurus dahulu atau yang mana perlu gendut dahulu. Semuanya bergantung pada genetik kita masing-masing. Seperti ada orang yang makan banyak kemudian lengannya dulu yang berubah gemuk, tetapi ada orang lain yang lengannya tidak menjadi masalah melainkan pahanya terlebih dulu yang menjadi gemuk.

Tetapi selain daripada itu, ada satu aturan yang perlu kita ketahui iaitu apabila anda kurus dan kemudian makan banyak dan menjadi gemuk, perhatikanlah urutan anda menjadi gemuk ”Apabila dimulai dari peha, kemudian perut, dan terakhir pipi” maka kalau anda menguruskan badan anda, urutan tersebut akan dibalik. Yang akan kurus pertama adalah pipi, kemudian perut dan terakhir peha.

Itulah yang membezakan badan setiap individu dan membuatkan kita bingung dengan pertanyaan ”kenapa peha saya masih besar padahal perut saya sudah kempis”. Penyelesaiannya adalah teruskanlah usaha anda, kerana badan kita sememangnya mempunyai urut-urutan tersendiri untuk membakar lemak. Setelah lemak di bahagian perut berkurang, badan akan mulai mengurangi lemak di bahagian peha atau lengan seperti urutan yang sudah diprogramkan dalam diri anda

3 comments:

  1. Dapatkan produk herbalife
    http://herbalifetrg.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Very informative post. Let me share 1 interesting video berkaitan dengan topik gemuk ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di Amerika. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu Thanks.

    ReplyDelete
  3. siti marwah nuraeniApril 23, 2014 at 12:22 PM

    berat badan berlebih karena kurang aktivitas, sedangkan makanan yang dikonsumsi berlebih dari sisi karbohidrat,lemak

    ReplyDelete

SHAPE PLUS TIRUAN! AWAS

Peringatan utk semua tolong beli yang ORIGINAL sebab yang tiruan akan memudaratkan diri anda.Jadilah pengguna yang bijak!!!!!